03 August 2009

Untuk Renungan..

Salam..this mornig dapat email from my friend-Nathrah....TQ Nathrah for this story...Saja nak share ngan semua orang tentang cerita ini...Semoga kita memperolehi hidayahnyer..."Sharing Is Caring..."
*************************************************************************************

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu
lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998 ketika saya masihjbujang. "Apalah yang boleh dibuat denganduit ini...?" kata hati,
sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang takpunya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yangsebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen,ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

"Jika ada duit, adik nak makanapa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya,bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli.Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumahsewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang
masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantairuang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaikmenahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya
selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pinturumah diketuk bertubi-tubi.

"Nah, kami teringat kat Azamin,saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak duakepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu. Setelah rapat menutup pintu, air matasaya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana
Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya keranasecebis doa dan sedekah yang secubit cuma.
Benarlah kata orang dan ahli agama,bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia,akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pulakisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup sayayang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya
bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan,mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long',menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan
aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak,Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di
sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.Pendapatan saya dikira agak
boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebihmasa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!' Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data
entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang,seorang pegawai muda
menengking saya dengan tidak semena-mena.

"Kenapa baru balik? Perg mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun. "Sembahyang banyak lama ka? . Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di PertamaKompleks, Bukit Bintang dan
mana-mana tempat mereka lazimm'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Takpa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai
rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang. Pada saya, rezeki milik Allah, dan
bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja,
apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai
"Asistant" di syarikat yang sama,dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza -bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti,
pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca.Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya,membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkal muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

"Jika kau susah sangat, solatlahdua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya. Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju.Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dancukup-cukup malu!
Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...
"Jikalau aku diam, aku akanlapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu dimuka." Ya, begitulah juga dengan saya...hanyapada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuahQuran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah sambil menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaianQuran itu, tiba-tiba
terselit sekeping wang RM50.00 di situ.Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantusaya dengan cara yang tidak disangka-sangka... Ini bukan kisah rekaan, malah saya
percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luarsana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, adadengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yangtidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah
Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya. Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka
baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yangbersangka baik dan taat
pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya:Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan
hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena . Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah
'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis.Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syilingsaja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebismakanan. Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, mintadibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihatkeadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut
kehairanan kerana botol susu itu tidakberwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botoltersebut.
Beberapa saat kemudian, dia berhenti,lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu...
Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :
" Mmm...sedap.." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isterimsaya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allahberikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir
dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit
namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.
Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya,tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. Dan ujian Allah adalah berdasarkan
kemampuan manusia seperti firmannya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan
pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalammenghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita. Jika anda rasa, anda susah betapa ramailagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.
Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan
lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusamungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa
agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.Terus- terang saya katakan, di sebalikcabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga'frust' dan tewas.
Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.


0 comments:

Post a Comment

U are my SunShine..

U are my SunShine..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...